Dengan adanya buku garis panduan ini dapat memberi panduan dan menjadi bahan
rujukan kepada semua anggota kesihatan bagi memastikan perkhidmatan yang profesional
dan berkualiti serta dapat meningkatkan kepuasan dan keyakinan kepada pelanggan.
Klinik kesihatan berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan di peringkat penjagaan
kesihatan primer. Cabaran penjagaan kesihatan komuniti semasa dan perkembangan
teknologi memerlukan Kementerian Kesihatan Malaysia menyusun semula strategi sistem
penyampaian perkhidmatannya agar sejajar dengan keperluan semasa.
Perkhidmatan yang disediakan perlu memberi fokus kepada penghasilan impak atau outcome
kepada komuniti. Pendekatan baru berkonsepkan perkhidmatan kesihatan secara integrasi
telah diperkenal dan dilaksana supaya matlamat jangka panjang Kementerian Kesihatan
Malaysia dapat direalisasikan.
Polisi Operasi Klinik Kesihatan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan dalam pengurusan
klinik kesihatan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan polisi operasi ini adalah tertakluk kepada
kesesuaian dan keperluan setempat dengan mengambil kira keupayaan prasarana dan
sumber sedia ada.
Dapatkan Buku Garis Panduan Polisi Operasi Klinik Kesihatan dengn memuatturun file di bawah..