Wednesday, November 22, 2017

Buku Polisi Operasi Klinik Kesihatan

Dengan adanya buku garis panduan ini dapat memberi panduan dan menjadi bahan rujukan kepada semua anggota kesihatan bagi memastikan perkhidmatan yang profesional dan berkualiti serta dapat meningkatkan kepuasan dan keyakinan kepada pelanggan.

Klinik kesihatan berfungsi sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer. Cabaran penjagaan kesihatan komuniti semasa dan perkembangan teknologi memerlukan Kementerian Kesihatan Malaysia menyusun semula strategi sistem penyampaian perkhidmatannya agar sejajar dengan keperluan semasa.

Perkhidmatan yang disediakan perlu memberi fokus kepada penghasilan impak atau outcome kepada komuniti. Pendekatan baru berkonsepkan perkhidmatan kesihatan secara integrasi telah diperkenal dan dilaksana supaya matlamat jangka panjang Kementerian Kesihatan Malaysia dapat direalisasikan. Polisi Operasi Klinik Kesihatan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan dalam pengurusan klinik kesihatan.
Walau bagaimanapun pelaksanaan polisi operasi ini adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan setempat dengan mengambil kira keupayaan prasarana dan sumber sedia ada.

Dapatkan Buku Garis Panduan Polisi Operasi Klinik Kesihatan dengn memuatturun file di bawah..

Artikel Terbaru

Manual Penggunaan SMRP 2.0 & MyHDW

PERLAKSANAAN SMRP DI K1M BAGI MENGGANTIKAN HIDATA SMRP vs HiDATA Sebahagian dari sistem Malaysian Health Data Warehouse. KKM...

Artikel terdahulu yang anda perlu baca